Panduan Membuat Laman Di Internet
Malaysia
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Nota ini di Internet
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/membuatlaman.html
https://harisfazillah.tripod.com/nota/membuatlaman.html
Tentu ramai yang inginkan mencuba membina laman
di Internet. Nota kali ini cuba menerangkan perkara asas yang perlu anda
ketahui dalm membina sebuah laman di Internet.
Sesebuah laman pada asasnya terdiri daripada fail-fail
yang diakhiri dengan dot html (.html) atau pun dot htm (.htm). Fail-fail
ini mengandungi bahasa
komputer yang dipanggil Hyper Text Markup Languague atau HTML. Fail-fail
ini boleh anda buka untuk melihat kandungannya. Contoh isi kandungan
<html>
<head>
</head>
<body>
</body>
</html>
Arahan di atas adalah asas bagi sesebuah fail HTML.
Apabila sesebuah perisian pelayar membaca fail-fail ini, ia akan menurut
arahan-arahan ini bagaimana ia sepatutnya memaparkan laman tersebut kepada
anda. Fail HTML sebenarnya adalah himpunan arahan kepada perisian pelayar
anda.
Untuk keterangan lanjut tentang HTML gunakan
laman pencari http://www.google.com/
dengan kata kunci HTML.
Anda boleh gunakan beberapa perisian untuk membina
laman anda. Tidak perlu pening kepala untuk mengetahui arahan-arahan dalam
HTML. Anda boleh gunakan Mozilla Composer untuk membinanya. Mozilla
adalah himpunan perisian Internet yang boleh digunakan untuk Email, melayari
Internet, membaca newsgroup dan membina laman. Mozilla adalah perisian
GPL dan percuma. Muat turun disini http://www.mozilla.org/.
Mengapa anda perlu memilih Mozilla boleh anda baca disini.
http://www.geocities.com/lovhafnie/kempen/altersoft.html
Dengan menggunakan Mozilla Composer ia umpama anda
menulis dokumen lain dan seperti anda menyediakan "Presention". Anda tidak
perlu mengingat kod-kod HTML.
Nama fail yang paling penting di dalam sebuah tapak
laman (website) adalah fail yang dinamakan index.html
(index dot html). Apabila sesebuah sambungan (link) ditaip sebagai contoh
http://www.geocities.com/lovhafnie
Perisian pelayaran seperti Mozilla dengan sendirinya
mengetahui ia perlu mendapatkan fail index.html dahulu. Fail index.html
adalah fail utama didalam sesebuah tapak laman. Daripada sinilah kita boleh
menyambungkan fail-fail lain dengan menggunakan hyperlink.
Atas sebab keseragaman dan supaya tidak timbul
kekeliruan antara komputer, digalakkan nama fail-fail html dalam huruf
kecil. Fail perlu menggunakan huruf-huruf a sampai z dan nombor 0 hingga
9. JANGAN letakkan ruang kosong untuk nama fail anda. Sebagai contoh
nama fail haris fazillah.html TIDAK sepatutnya digunakan dan ia
sepatutnya dengan nama harisfazillah.html.
Hyperlink atau arahan sambungan laman adalah satu
arahan dalam HTML untuk pelayar Internet merujuk dan muat turun fail HTML
lain yang boleh berada di dalam pelayan kita atau berada di tapak laman
lain.
Sokonglah usaha ini dan jadikan Internet percuma dengan melawat laman penaja :-
Bagi kita yang melihat daripada perisian pelayar,
hyperlink adalah satu huruf, perkataan atau gambar yang mempunyai lambang
tapak tangan dan apabila diklik akan membawa kita ke muka laman lain.
Bagi anda yang menggunakan Mozilla Composer, tanda
rantai atau klik butang kanan tetikus, pilih create link, akan memberikan
anda pilihan membuat hyperlink.
Sebagai contoh, buat pilihan pada perkataan mana
yang anda ingin jadikan ia perlambangan hyperlink. Contoh di sini saya
mahu keseluruhan sambungan laman http://hafnie.tripod.com/
dijadikan perlambangan hyperlink. Maka saya pilih, (tekan terus butang
kiri tetikus dan pilih sambungan itu) dan kemudian klik butang kanan dan
pilih "create link". Pada ruang kosong "Link to" itu saya
masukkan http://hafnie.tripod.com/
.
Anda boleh gantikan ia dengan perlambangan lain.
Sebagai contoh pada Mozilla Composer http://hafnie.tripod.com/
digantikan dengan perkataan Laman Harisfazillah Bin Jamel , maka
saya akan memilih "Laman Harisfazillah Bin Jamel", klik kanan, "create
link", dan pada ruang "link to" masukkan http://hafnie.tripod.com/
.
Sambungan di atas melibatkan sambungan kepada laman
lain. Bagaimana pula jika ia berada di dalam tapak laman kita sendiri.
Sebagai contohnya di dalam tapak laman saya di Geocities saya mempunyai
dua fail index.html dan utama.html. Daripada index.html saya
mahu fail utama dirujuk sebagai muka ke dua. Maka di dalam fail index.html
saya taipkan muka ke dua, buat pilihan dan kemudian menggunakan create
link, dalam ruang link to saya letakkan nama fail saya hendak
hyperlink tadi, utama.html.
Anda boleh mempunyai seberapa banyak hyperlink
di dalam sesebuah muka laman dan ia merujuk kepada laman anda sendiri atau
laman lain dan menggunakan pelbagai perlambangan sama ada huruf, perkataan
atau gambar.
Apabila anda mempunyai fail index.html dan mempunyai
hyperlink kepada laman atau tapak lain, sudah lengkap asas tapak laman
anda. Gunakan fail index.html untuk anda sambungkan kepada fail-fail anda
yang lain dan tapak laman lain.
Cadangan dua tapak laman yang menyediakan kemudahan
untuk anda letakkan fail-fail html anda secara percuma.
https://www.tripod.com/
dan http://www.geocities.com/
Apabila anda mendaftar di Tripod, sebagai contoh
saya menggunakan hafnie sebagai nama laman, maka sambungan laman anda akan
menjadi http://hafnie.tripod.com/
Jika anda mempunyai fail-fail lain di dalam laman
itu, sebagai contoh utama.html, maka sambungan laman akan menjadi http://hafnie.tripod.com/utama.html
Bagi anda yang mendaftar di Geocities pula. Lain
pula nama sambungan laman. Bagi saya yang menggunakan lovhafnie sebagai
nama laman sambungan laman yang diberikan adalah http://www.geocities.com/lovhafnie
maka bagi fail-fail saya sebagai contoh utama.html akan menjadi http://www.geocities.com/lovhafnie/utama.html
Perhatikan perbezaan antara Tripod dan Geocities
di mana Geocities akan menambah / (slash) selepas nama link dan
sebelum nama fail.
Bagaimana pula jika anda membuat folder di dalam
tapak laman anda. Sebagai contoh nota ini diletakkan di dalam folder nota
dengan nama membuatlaman.html maka sambungan laman anda akan menjadi
http://hafnie.tripod.com/nota/membuatlaman.html
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/membuatlaman.html
Perhatikan / digunakan untuk memisahkan
nama sambungan utama, nama folder dan nama fail anda. Pengetahuan ini penting
kerana tanpa mengetahui cara sambungan atau hyperlink berfungsi akan menyebabkan
anda tidak dapat menyambung laman anda kepada laman lain.
Anda boleh menggunakan Notepad atau mana-mana editor
text untuk melihat kod-kod HTML yang dihasilkan oleh Mozilla Composer.
Anda boleh meneruskan pembelajaran mengenai HTML
dengan melawat laman-laman berikut
https://www.angelfire.com/fl5/html-tutorial/
http://www.geocities.com/SiliconValley/Vista/2459/tutoridx.htm
https://members.tripod.com/~sobrain2000/html/
http://www.alambina.ws/komputer_html.htm
Jika anda menghadapi masalah anda digalakkan bertanyakan
di dalam beberapa forum yang menyediakan ruang untuk mereka ingin bertanya
masalah HTML atau pembinaan Laman.
http://www.bincang.net/
- Ruang Bincang IT
http://www.ittutor.net/
dan
forum di http://www.mysig.org.my/
HTML merupakan kod asas kepada pembinaan laman.
Terdapat pelbagai jenis bahasa lagi digunakan bersama HTML untuk menjadikan
tapak laman atau laman anda lebih menarik lagi. Antaranya Javascript dan
java dan yang melibatkan komputer pelayan khas, perl, ASP dan PHP dan pelbagai
lagi.
Cadangan saya bagi anda yang berminat untuk mempelajari
lebih daripada HTML, anda sepatutnya mencuba PHP dan ASP. PHP dan ASP adalah
dua bahasa pembinaan laman bersama HTML untuk menjadikan laman anda lebih
interaktif dan pelawat laman anda boleh memberikan maklum balas yang anda
mahukan malah data-data yang dimasukkan oleh pelawat boleh disimpan di
dalam pangkalan data.
Bagi anda yang berminat untuk belajar PHP dan ASP
sila lihat jadual bengkel dan kelas yang disediakan oleh Pertubuhan Pakar
ICT Malaysia (MYSIG).
http://www.mysig.org.my/
Kelas-kelas PHP dan ASP yang dikendali oleh
MYSIG adalah terdiri daripada kumpulan pakar yang secara sukarela menyediakan
bahan dan mengajar kepada ahli-ali MYSIG dan pendaftaran adalah terbuka
kepada semua rakyat Malaysia dengan kadar yuran penyertaan yang berpatutan.
PHP adalah percuma dan daripada pergerakan Open
Source. ASP pula adalah produk Microsoft. Bagi saya, disebabkan lima puluh
peratus laman di Internet dijalankan oleh perisian Apache daripada Open
Source maka adalah baik anda mempelajari PHP. Sebab mengapa anda perlu
memilih Open Source atau perisian sumber terbuka boleh anda rujuk disini.
http://altersoft.iscool.net/
Jadual Bengkel dan Kelas MYSIG di sini.
http://www.mysig.org.my/schedule/schedule_archive.asp
Bagi anda yang berminat dengan Linux dan asas rangkaian
(Network LAN), MYSIG turut mengadakan bengkel untuknya.
Diharapkan nota kali ini dapat melahirkan laman-laman
hasil usaha pengguna komputer dan Internet Malaysia. Projek Satulaman adalah
kempen http://www.geocities.com/satulaman
untuk menggalakkan semua individu di Malaysia mempunyai
sebuah laman di Internet walaupun hanya satu muka laman. Anda boleh isikan
laman anda dengan maklumat yang berguna sama ada hobi, pengalaman, maklumat
setempat dan pelbagai lagi asalkan ia adalah fakta benar dan boleh
memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia.
Projek satu laman mahu melihat satu keadaan dimana
maklumat tentang Malaysia boleh didapati dengan mudah dan fakta adalah
benar hasil usaha berjuta-juta rakyatnya.
Bayangkan cantuman laman-laman Malaysia merangkumi
hasil usaha rakyatnya memberikan maklumat tentang Malaysia daripada segala
segi. Sejarah sesebuah tempat di Malaysia boleh didapati hanya dengan mencari
laman yang ditulis oleh penduduk setempatnya.
Bagi anda yang mempunyainya laman digalakkan anda
menyertai jaringan Malaysia di
http://www.geocities.com/lovhafnie/kempen/jaringanmalaysia.html
---------
Nota ini Haris tulis sebagai pengkongsian pengalaman
antara sahabat-sahabat semua. Cadangan dan maklum balas diterima.
Jangan lupa untuk sertai Dunia-digital dengan menghantar
email kosong kepada dunia-digital-subscribe@yahoogroups.com
atau melalui link ini http://duniadigital.cjb.net/
Haris juga sering berada di Bincang Komputer http://www.bincang.net/
dan http://www.ittutor.net/ dengan
nama Internet hafnie.
Dapatkan nota-nota dan email terus daripada saya
dengan menyertai senarai terhad Harisfazillah Bin Jamel. Anda hanya mendapat
email hanya daripada saya sahaja yang mungkin hanya sekali sehari. (Buat
masa ini hanya dua atau tiga email sebulan, saya masih sibuk dengan tugasan
lain).
haris-subscribe@yahoogroups.com
atau melalui link ini http://www.yahoogroups.com/subscribe/haris
---------------
------- Disclaimer - Pelepasan
Nota ini hanyalah pengkongsian peribadi tanpa ada
kaitan dengan mana-mana pihak secara rasmi atau tidak rasmi. Tiada juga
sokongan dan tidak boleh buat tuntutan kos dan liabiliti.
Used it at your own risk.
Terima Kasih.
Harisfazillah Bin Jamel
http://harisfazillah.cjb.net/
http://www.geocities.com/lovhafnie/utama.html
12 Aug 2002
Buat carian dengan katakunci Bincang Malaysia , forum Malaysia , diskusi Malaysia . Panduan disini.
---
|