Laman Harisfazillah Bin Jamel

Pakar ICT Di Sini - Jom Bincang - Tutor IT - Dunia Digital - Komuniti Mynuke - Email Percuma -

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Laman ini dibina untuk saya menyampaikan pandangan tentang dunia komputer dan Internet khususnya di Malaysia. Lebih sepuluh tahun saya terlibat dengan "Information And Communication Technology" (ICT), kini saya berminat kepada usaha untuk mengubah pandangan masyarakat Malaysia tentang komputer dan Internet.

Jika komputer dahulu dianggap sebagai perkara yang asing dan milik orang kaya tetapi kini dengan usaha kerajaan Malaysia untuk kembangkan ICT dikalangan penduduknya, komputer bukan lagi perkara asing. Yang menimbulkan masalah sekarang adalah tenaga pakar yang ada masih kurang. Daya saing kita masih jauh rendah untuk menampung keperluan negara dalam mencapai wawasan 2020.

Usaha perlu dilakukan untuk melahirkan golongan ICT yang mahir dan berpengetahuan luas. Ia tidak semestinya hanya usaha kerajaan sahaja malah ia patut disokong oleh semua golongan masyarakat.

Inilah sumbangan saya. Saya percaya dengan menulis tentang ICT dalam bahasa Melayu ia dapat meningkatkan minat individu-individu untuk meneruskan usaha mendalami ilmu ICT. Saya percaya dengan meningkatnya minat ini boleh membuat seorang individu ingin meneruskan usahanya mendalami ICT. Saya percaya dengan panduan asas dalam bahasa Melayu, ia membolehkan individu yang berminat tidak keliru dalam mempelajari lebih lanjut lagi ilmu ICT yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Saya percaya ia boleh menjadi langkah awal kepada individu yang berminat untuk membuka minda mempelajari bahasa Inggeris demi minat dan cita-citanya kepada dunia ICT. Bagi saya, untuk memangkin perkembangan Internet, minat perlu ditimbulkan.

Gunakan Menu di sebelah kanan di atas muka laman ini untuk meneruskan pelayaran anda. Penambahan laman baru hanya boleh didapati di dalam Menu di laman utama Hafnie. Moga anda mendapat manfaat hasil lawatan ke laman ini.

Salam hormat. Wassalam.

Harisfazillah Bin Jamel

hafnie

Iklan anda disini. Lawat Penaja Laman Ini agar Internet Malaysia terus percuma :-