Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Laman ini dibina untuk saya menyampaikan pandangan
tentang dunia komputer dan Internet khususnya di Malaysia. Lebih sepuluh
tahun saya terlibat dengan "Information And Communication Technology" (ICT),
kini saya berminat kepada usaha untuk mengubah pandangan masyarakat Malaysia
tentang komputer dan Internet.
Jika komputer dahulu dianggap sebagai perkara yang
asing dan milik orang kaya tetapi kini dengan usaha kerajaan Malaysia untuk
kembangkan ICT dikalangan penduduknya, komputer bukan lagi perkara asing.
Yang menimbulkan masalah sekarang adalah tenaga pakar yang ada masih kurang. Daya
saing kita masih jauh rendah untuk menampung keperluan negara dalam mencapai
wawasan 2020.
Usaha perlu dilakukan untuk melahirkan golongan
ICT yang mahir dan berpengetahuan luas. Ia tidak semestinya hanya usaha
kerajaan sahaja malah ia patut disokong oleh semua golongan masyarakat.
Inilah sumbangan saya. Saya percaya dengan menulis
tentang ICT dalam bahasa Melayu ia dapat meningkatkan minat individu-individu
untuk meneruskan usaha mendalami ilmu ICT. Saya percaya dengan meningkatnya
minat ini boleh membuat seorang individu ingin meneruskan usahanya mendalami
ICT. Saya percaya dengan panduan asas dalam bahasa Melayu, ia membolehkan
individu yang berminat tidak keliru dalam mempelajari lebih lanjut lagi
ilmu ICT yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Saya percaya ia boleh
menjadi langkah awal kepada individu yang berminat untuk membuka minda
mempelajari bahasa Inggeris demi minat dan cita-citanya kepada dunia ICT.
Bagi saya, untuk memangkin perkembangan Internet, minat perlu ditimbulkan.
Gunakan Menu di sebelah kanan di atas muka laman
ini untuk meneruskan pelayaran anda. Penambahan laman baru hanya boleh didapati di dalam Menu di laman utama Hafnie.
Moga anda mendapat manfaat hasil lawatan ke laman ini.
Salam hormat. Wassalam.
Harisfazillah Bin Jamel
hafnie
Iklan anda disini. Lawat Penaja Laman Ini agar Internet Malaysia terus percuma :-
|