Saya percaya ramai yang sudah
menonton iklan TMnet tentang layaran Internet lucah dan produk
xblocker. Selain daripada apa yang dicadangkan oleh TMnet anda boleh
mencuba mengawal pelayaran Internet dengan beberapa cara.
Perkara utama adalah menghadkan pencarian laman-laman lucah ini dengan
enjin pencari. Saya percaya ramai pengguna
komputer rakyat Malaysia menggunakan enjin carian
Google untuk membuat pencarian
Internet. Google mempunyai pilihan bagaimana hasil pencarian yang anda
mahukan.
Melalui carian kotak
di atas ia akan memastikan fungsi "
SafeSurf" atau carian
selamat Google dijalankan. Dengan "
SafeSurf"
Google akan cuba memastikan hasil carian akan ditapis daripada
laman-laman web lucah. Tidak semua pengguna Internet mahu maklumat
lucah dan seks dalam
hasil carian terutama penggunaan komputer melibatkan kanak-kanak.
Jika mahu laman carian ini menjadi laman utama apabila membuka perisian
pelayan Internet maka jadikan ia sebagai "Home Page" anda.
Caranya bagi
Internet Explorer
http://www.microsoft.com/windows/ie/using/howto/customizing/prsonalizehmpg.mspx
Bagi
Mozilla firefox
http://www.mozilla.org/support/firefox/options
Pastikan alamat laman
https://harisfazillah.tripod.com/safesurf.html
dimasukkan.
Anda juga boleh mengubahkan "Preferences" Google dengan melawat laman
utamanya http://www.google.com/ atau http://www.google.com.my/ .
Pada sebelah kanan terdapat pilihan "
Preferences" dan
cari
SafeSearch Filtering. Buat pilihan
yang bersesuai.
Oleh kerana pilihan ia disimpan didalam "Cookies" adalah dicadangkan
setiap kali penggunaan Internet sila pastikan "Preferences" telah
ditetapkan sebelum membenarkan penggunaan oleh kanak-kanak.
Wassalam.
: )
Harisfazillah
Jamel
http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital
http://groups.yahoo.com/group/haris
23 Ogos 2005
---